Pemohon mestilah dalam kalangan ahli pertubuhan yang berdaftar dengan persatuan atau pertubuhan (NGO) tanpa mengira jawatan yang dipegang.
Permohonan hanya terbuka kepada Persatuan atau Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan telah berdaftar (salah satu) dibawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) atau Pendaftaran Pertubuhan Belia (ROY) atau Pejabat Daerah di Negeri Johor atau jabatan / agensi atau kementerian yang berkaitan serta telah aktif sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh pendaftaran.
Terbuka kepada semua projek yang patuh syariah serta melibatkan aktiviti ekonomi seperti perladangan, pertanian, perikanan dan lain-lain yang berkaitan dan melibatkan komuniti setempat.
Projek yang memberikan impak yang besar kepada pertumbuhan ekonomi komuniti dan mempunyai nilai tambah dan nilai pengganda yang tinggi.
Bagi projek yang dilaksanakan mestilah telah berjalan sekurang-kurangnya 6 bulan dan keatas.
Bagi projek yang dibawah 6 bulan atau baru bermula perlu sertakan kertas cadangan bagi pelaksanaan projek tersebut sebagai pertimbangan syarat permohonan.
Projek perlu diusahakan atau beroperasi di dalam Negeri Johor sahaja dan dijalankan secara berkumpulan/komuniti.
Permohonan yang dibuat menerusi Persatuan atau Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) perlu mempunyai kewangan yang kukuh serta kapasiti, keupayaan, kemahiran dan kepakaran yang diperlukan untuk melaksanakan projek berkaitan.
Keutamaan diberikan kepada yang belum pernah menerima mana-mana bantuan Kerajaan Negeri Johor atau Persekutuan dalam tempoh 2 tahun.(Tertakluk kepada rekod agensi yang dimaklumkan kepada PUJB)
Permohonan bagi skop bantuan tidak terbuka kepada aktiviti kebajikan, kemasyarakatan, kursus, latihan, program bantuan, pembinaan infrastruktur dan apa-apa perkara yang tidak berkaitan aktiviti ekonomi.