GERAN PEMASARAN

PROGRAM JELAJAH USAHAWAN JOHOR 2023

Permohonan Dibuka Dari 2 April  Hingga 19 April 2023

Pastikan maklumat dan dokumen yang diperlukan telah dilengkapkan sebelum menghantar permohonan

Pengenalan Program

Jelajah Usahawan Johor merupakan program pemasaran kepada usahawan Johor dalam mempromosikan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan kepada pengguna.

Ia meliputi promosi berbentuk video dokumentari interaktif yang akan disiarkan melalui platform-platform media sosial kelolaan PUJB.

semua jenis perniagaan yang patuh syariah samada pembuatan atau perkhidmatan

Syarat-Syarat Permohonan

  1. Permohonan terbuka kepada semua jenis perniagaan yang patuh syariah samada pembuatan atau perkhidmatan dan perniagaan tersebut hendaklah dijalankan di dalam Negeri Johor sekurang-kurangnya enam (06) bulan daripada tarikh pendaftaran perniagaan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
  2. Mempunyai premis perniagaan / ruang khas / bengkel atau perniagaan yang dijalankan mestilah berasingan dengan rumah.
  3. Perniagaan hendaklah dijalankan secara sepenuh masa dan bukan secara sambilan.
  4. Pastikan dokumen yang diperlukan semasa permohonan masih aktif dan sah seperti berikut :
    • Salinan kad pengenalan (depan dan belakang dalam satu muka surat).
    • Salinan pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia SSM yang belum tamat tempoh (Merangkumi Maklumat Pemilik Perniagaan dan Maklumat Perniagaan).
    • Gambar premis perniagaan (luaran, dalaman dan ruang pemprosesan produk).
    • Gambar produk yang dihasilkan atau perkhidmatan yang dijalankan.
  5. Pastikan maklumat usahawan di sistem Pusat Data Usahawan Johor (PADU) dilengkapkan dan diisi untuk memastikan permohonan diterima.
  6. Keutamaan permohonan kepada yang belum pernah menerima mana-mana bantuan dari Kerajaan Negeri Johor atau Persekutuan dalam tempoh dua (02) tahun sebelum permohonan ini dibuat.

Pastikan maklumat dan dokumen yang diperlukan telah dilengkapkan sebelum menghantar permohonan

Skop Bantuan

Bantuan yang diberikan adalah dalam bentuk penghasilan video berdurasi pendek 3-5 minit bagi mempromosikan perniagaan seperti contoh yang tertera di bawah :

Langkah-Langkah Permohonan

1. Daftar Akaun PADU

Anda perlu membuka akaun PADU dengan melayari www.padu.pujb.my dan daftar akaun anda

2. Log Masuk Sistem pADU

 Log masuk ke dalam sistem PADU menggunakan emel dan kata laluan yang telah didaftarkan

3. Borang Maklumat Usahawan

Lengkapkan dan kemaskini borang maklumat usahawan dengan lengkap, betul dan telus

4. Rujuk Tab Permohonan

Klik tab permohonan untuk mendapat borang permohonan geran Jelajah Usahawan Johor

5. Borang Permohonan Geran

Lengkapkan borang permohonan geran Jelajah Usahawan Johor dengan lengkap, betul dan telus

6. Klik Butang Hantar

Setelah selesai mengisi borang permohonan, klik butang hantar dan permohonan anda telah direkodkan.

kAEDAH PELAKSANAAN

Saringan Permohonan & dokumen

Sesi Temuduga Secara Fizikal/Talian

Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal

Mesyuarat Jawatankuasa Kelulusan