Posts

MISI JEJAK PKS BATU PAHAT

5 Disember 2018 (Rabu)
Daerah Batu Pahat

PUJB serta rakan-rakan agensi melawat premis perniagaan milik Encik Mohd Syazwan bin Subandi yang mengusahakan Tiang Roman, Batu Kerisi, Gentian Fibre, Tiang Roman Fibre yang bertempat di Kg Hj Ghafar Jalan Yong Peng.

Lawatan seterusnya ke Premis Puan Izyan Hazwani bt Abdol Rahaman yang membuat kek Buah Kukus di Parit Sulong. 

Seterusnya melawat Premis Perniagaam Encik Qairy Bin Maheran. Beliau mengusahakan Perkhidmatan Produk Kecantikan dan sewaan dewan bertempat di No18 & 18A Jalan Flora Utama Batu Pahat.

Puan Maizatul Akmal binti Mahayuddin mengusahakan perusahaan Makanan Di Parit Maimon parit Sulong Batu pahat. Boleh layari FB : Hipster Cookies HQ atau Instagram @Hipstercookies.hq

Encik Zulhairi Bin Ibrahim merupakan usahawan yang mengusahakan Perniagaan Pembuatan Produk berasaskan Buah-buahan bertempat Di Parit Bilal, Batu 3, Jalan Tongkang Pechah.

Lokasi terakhir Misi Jejak PKS Daerah Batu Pahat ke premis perniagaan milik Puan Siti Aishah Binti Mohd Rais.Beliau mengusahakan Pembuatan Produk Ayam gunting bertempat di Jalan Jaya Diri Sri Merlong.




#EKKLUANG2018

15 – 17 November 2018, Khamis – Sabtu
Rumah Teduh, Kluang

Program ekonomi kreatif merupakan sebuah cetusan idea dari YB Sheikh Omar Ali selaku Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Keusahawanan, Koperasi dan Ekonomi Kreatif bagi mengangkat penggiat kreatif dan mempelbagaikan lagi sumber pendapatan negeri khususnya kepada rakyat.

Jelajah program EK! Kluang merupakan destinasi kedua oleh PUJB untuk bersama-sama pemain industri kreatif. Program yang berlangsung selama 3 hari ini melibatkan 40 orang usahawan kreatif yang berada di daerah Kluang selain memberi pendedahan kepada penduduk setempat berkenaan industri kreatif.

#EK! #EKKLUANG

#FAHP2018

26 & 27 Oktober 2018, Jumaat dan Sabtu
Dataran Ayer Hitam

Festival Ayer Hitam Puteh 2018 merupakan usaha mula kerajaan negeri Johor, melalui Pejabat Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Keusahawanan, Koperasi Dan Ekonomi Kreatif dalam mengetengahkan konsep keusahawanan yang lebih inklusif dengan penekanan khusus kepada pembangunan komuniti setempat.

Berlangsung di Dataran Ayer Hitam pada 26 dan 27 Oktober, program ini akan dirasmikan oleh Menteri Besar Johor, YAB Dato’ Haji Osman Bin Haji Sapian dan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Keusahawanan, Koperasi Dan Ekonomi Kreatif Negeri Johor, YB Tuan Haji Sheikh Umar Bagharib Bin Ali.

JOHOR TEROKA EKONOMI KREATIF [28 OKT 2018] berita selanjutnya di :

Berita selanjutnya disini.


HARI BERTEMU PELANGGAN

30 September 2018, Ahad
Cafe Harapan, Paloh

 Y.B Tuan Syed Umar Bagharib Bin Ali ( Pengerusi JawatanKuasa Penerangan, Pembangunan Keusahawanan Koperasi Dan Ekonomi Kreatif Negeri Johor ) Merasmikan ” HARI BERTEMU PELANGGAN ” Bertempat Di Bagunan Cafe Harapan Paloh.

Penyampaian ” Kad Sihat Johor ” Kepada Peserta E-Kasih Daerah Kluang Oleh Y.B Syed Umar Bagharib Diiringi Pegawai Daerah Kluang YBHG Tuan Haji Ismail.