MISI JEJAK PKS BATU PAHAT

5 Disember 2018 (Rabu)
Daerah Batu Pahat

PUJB serta rakan-rakan agensi melawat premis perniagaan milik Encik Mohd Syazwan bin Subandi yang mengusahakan Tiang Roman, Batu Kerisi, Gentian Fibre, Tiang Roman Fibre yang bertempat di Kg Hj Ghafar Jalan Yong Peng.

Lawatan seterusnya ke Premis Puan Izyan Hazwani bt Abdol Rahaman yang membuat kek Buah Kukus di Parit Sulong. 

Seterusnya melawat Premis Perniagaam Encik Qairy Bin Maheran. Beliau mengusahakan Perkhidmatan Produk Kecantikan dan sewaan dewan bertempat di No18 & 18A Jalan Flora Utama Batu Pahat.

Puan Maizatul Akmal binti Mahayuddin mengusahakan perusahaan Makanan Di Parit Maimon parit Sulong Batu pahat. Boleh layari FB : Hipster Cookies HQ atau Instagram @Hipstercookies.hq

Encik Zulhairi Bin Ibrahim merupakan usahawan yang mengusahakan Perniagaan Pembuatan Produk berasaskan Buah-buahan bertempat Di Parit Bilal, Batu 3, Jalan Tongkang Pechah.

Lokasi terakhir Misi Jejak PKS Daerah Batu Pahat ke premis perniagaan milik Puan Siti Aishah Binti Mohd Rais.Beliau mengusahakan Pembuatan Produk Ayam gunting bertempat di Jalan Jaya Diri Sri Merlong.