MISI JEJAK PKS PONTIAN

4 Disember 2018 (Selasa)
Daerah Pontian

PUJB serta rakan-rakan agensi melawat premis perniagaan lokasi pertama lawatan bersama rakan-rakan agensi adalah milik Encik Ahmad Fuad bin Bachok yang menyediakan Perkhidmatan membaiki motosikal di Batu 11, Jalan Batu Pahat, Parit Abdul Rahmat, Pontian. 

Lokasi kedua Misi Jejak PKS Daerah Pontian ke premis Encik Ahmad Shafie bin Pono. Beliau mengusahakan pembuatan produk berasaskan besi perti pagar dan grill di Kg Parit Dahlan, Benut.

Lokasi ketiga ke Premis Pn normah binti tewiran
Yang mengusahakan Pembuatan makanan iaitu Kek buah dan roti Premis beliau terletak di No 23 Parit Ramunia, Pontian.

Misi Jejak PKS Daerah Pontian diteruskan ke premis perniagaan milik Encik Mohd Fatazi bin Amin. Beliau terlibat dalam Pembuatan Produk kraf ukiran laser bertempat di Kg parit kasan lapis, sanglang, Ayer Baloi, Pontian

Seterusnya ke Premis Encik Mohd Nor Farhan bin Tamuri yang menjalankan Perniagaan Perkhidmatan membaiki kereta bertempat Di Taman Mekar, Kayu Ara Pasong, Pontian.

Encik Sani bin Ithnin, merupakan pengusaha Bahulu bertempat Di Kg Pt Patah Pontian. Lawatan kami bersama agensi dapat mengetahui keperluan usahawan tersebut dalam membantu mengembangkan perniagaan.

Lokasi terakhir Misi Jejak PKS Ke premis Puan Aminah binti Hassan.Beliau menguruskan kedai Jahitan bertempat di Taman Damai Parit Masjid Pontian.