KURSUS USAHAWAN

9 – 10 Disember 2018, Ahad dan Isnin
Pulai Spring Resort, Johor Bahru

Kursus Usahawan ini adalah program anjuran Perbadanan Islam Johor (PIJ) dengan kerjasama Perbadanan Usahawan Johor (PUJB).

Kursus yang diadakan selama dua(2) hari dan dihadiri seramai 84 orang usahawan yang telah berdaftar.

Terdapat slot Energy Your Biz. Slot ini memberi fokus kepada usahawan untuk menguatkan potensi diri. Slot mengenali Potensi Diri agar menjadi usahawan yang berjaya telah disampaikan oleh Miesya Yunus. Faisal Rais juga berkongsi kaedah dan kepakaran dalam Pemasaran Melalui Digital. 
Pihak Waqaf Dana Niaga juga telah memberikan taklimat kepada peserta kursus usahawan. Peserta Kursus juga berpeluang mengikuti taklimat bersama agensi kaunseling dan pengurusan kredit (AKPK).