#EKMUAR2018

24 – 25 November 2018, Sabtu dan ahad
Muo Resort, Muar

Program ekonomi kreatif merupakan sebuah cetusan idea dari YB Sheikh Omar Ali selaku Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Keusahawanan, Koperasi dan Ekonomi Kreatif bagi mengangkat penggiat kreatif dan mempelbagaikan lagi sumber pendapatan negeri khususnya kepada rakyat.

EK! Muo merupakan destinasi terakhir bagi jelajah ekonomi kreatif yang melibatkan hampir 30 orang usahawan kreatif yang berada di sekitar Muar. Sebanyak 7 orang usahawan kreatif telah dipilih secara khusus untuk dibantu dan dikembangkan lagi perniagaan yang dijalankan oleh mereka.

#EK! #EKMUO