#EKKLUANG2018

15 – 17 November 2018, Khamis – Sabtu
Rumah Teduh, Kluang

Program ekonomi kreatif merupakan sebuah cetusan idea dari YB Sheikh Omar Ali selaku Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Keusahawanan, Koperasi dan Ekonomi Kreatif bagi mengangkat penggiat kreatif dan mempelbagaikan lagi sumber pendapatan negeri khususnya kepada rakyat.

Jelajah program EK! Kluang merupakan destinasi kedua oleh PUJB untuk bersama-sama pemain industri kreatif. Program yang berlangsung selama 3 hari ini melibatkan 40 orang usahawan kreatif yang berada di daerah Kluang selain memberi pendedahan kepada penduduk setempat berkenaan industri kreatif.

#EK! #EKKLUANG