#EKJB2018

5 November 2018, Isnin.
Laneway Jalan Dhoby / Jalan Tan Hiok Nee

Program ekonomi kreatif merupakan sebuah cetusan idea dari YB Sheikh Omar Ali selaku Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Keusahawanan, Koperasi dan Ekonomi Kreatif bagi mengangkat penggiat kreatif dan mempelbagaikan lagi sumber pendapatan negeri khususnya kepada rakyat. 

Program EK Johor Bahru merupakan destinasi pertama jelajah ekonomi kreatif yang berlangsung. Seramai 10 orang usahawan kreatif yang terlibat dalam lawatan yang diadakan pada sesi pagi dan lebih 80 penggiat kreatif turut hadir ke forum santai yang berlangsung pada sesi kedua.

#EK! #EKJB